Tadbir Urus

Sebagai salah satu Institut Pengajian Tinggi di Malaysia, Universiti Teknologi MARA (UiTM) bertujuan menyediakan pendidikan yang menghasilkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang diperlukan untuk menjadi warga produktif di masa akan datang. Dengan matlamat utama untuk menyediakan dan menghasilkan graduan cemerlang yang berdaya saing, fungsi utama Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa adalah mengurus dan meneguhkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran menerusi pentadbiran berkesan dari semua aspek, dasar dan kualiti pengurusan.

Visi, Misi dan Objektif

Visi

  • Menjadikan Bahagian Hal Ehwal Akademik Dan Antarabangsa UiTM Cawangan Sarawak sebagai nadi penggerak yang akan memacu kecemerlangan akademik berteraskan perkhidmatan berkualiti ke arah universiti bertaraf dunia.
  • Menjadikan Bahagian Hal Ehwal Akademik Dan Antarabangsa UiTM Cawangan Sarawak sebagai mercu tanda kecemerlangan pengajaran dan pembelajaran ilmu bagi melahirkan bumiputera yang professional, dinamik, kreatif serta berdaya saing di persada dunia.
  • Menjadikan Bahagian Hal Ehwal Akademik Dan Antarabangsa UiTM Cawangan Sarawak sebagai bahagian yang berpegangkan prinsip ‘Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’.

Misi

  • Mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan menjamin perkhidmatan yang berkualiti.
  • Mempertingkatkan penyampaian dan komunikasi yang tulus dan fleksibel.
  • Mewujudkan persaingan yang sihat di antara kakitangan bagi mencapai matlamat yang sama.
  • Mewujudkan etika kerja yang mantap dan professional.
  • Memberi perkhidmatan kaunter yang mesra cepat dan tepat.

Objektif

  • Memastikan kemudahan fasiliti, pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.
  • Memastikan pelajar mendaftar kursus mengikuti pelan pengajian.
  • Memastikan proses peperiksaan dilaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
  • Memastikan proses pendaftaran pelajar baharu dilaksanakan dengan sistematik dan efisien.

Perkhidmatan Kami

Bahagian Hal Ehwal Akademik Dan Antarabangsa menjalankan aktiviti utama seperti berikut:

  • Pengambilan Pelajar
  • Pendaftaran Pelajar Baharu dan Lama
  • Urusan Peperiksaan Pelajar
  • Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran
  • Menjadi Nadi Penggerak Kepada Semua Pelajar Dalam Hal Berkaitan Pengajaran Dan Pembelajaran
  • Fasiliti Bilik Kuliah

Carta Organisasi

Carta Organisasi Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa